Archive for June, 2005

Renungan bersama

Monday, June 13th, 2005

Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi
awak menghampiri zina.

KAMI HANYA BERBUAL-BUAL, BERBINCANG,
BERTANYA
KHABAR,MINUM-MINUM DI KAFE. ADAKAH ITU
MENGHAMPIRI ZINA?

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya
ke lembah penzinaan.

KAMI DAPAT MENGAWAL PERASAAN DAN
KAMI TIDAK BERNIAT
KE ARAH ITU.

Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis
akan memerangkap kamu.Iblis amat
berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia
telah menipu moyang kita yang pertama,Adam
dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat ,pesanan
Rasulullah :Janganlah engkau bersendirian denga
seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan
(Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

TIDAK SEMESTINYA SEMUA ORANG
BERCINTA MENJURUS
KEPADA PENZINAAN. ADA YANG BERCINTA
DALAM
TELEFON DAN HANTAR SMS SAHAJA. TIDAK
PERNAH
BERSUA MUKA PUN!

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang
dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang
pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan
pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan
perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret
kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama
tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia
akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa
kepada perzinaan akhirnya?

TAKKAN NAK BERBUAL-BUAL PUN TAK
BOLEH? ITUPUN
ZINA KE?

Zina ada bermacam-macam jenis dan
peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu
berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat
kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu
dengan khayalan berahi dengan kekasih
sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya
adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan
zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga
berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan
Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada
perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita
melalui mana-mana jalan perzinaan.

DUDUK BERDISKUSI PELAJARAN TAK BOLEH
KE? BINCANG
PELAJARAN SAHAJA!
*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah
tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-
hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau
cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh
Allah, kejayaan tidak akan membawa
kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat
lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran
yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi
belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.
Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi
macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan
Atid.

SUNGGUH! BINCANG PELAJARAN SAHAJA. NI
STUDY
GROUP. *(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group…? nampak lain macam saja, manja,
senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi.
Takkan study group berdua sahaja? Kemana-
manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group
study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan
macam ni…betul ke bincang pelajaran?
Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,
yang lain tu… banyak masa dihabiskan dengan
fantasi cinta!

TIDAKLAH. SUNGGUH BERBINCANG
PELAJARAN.

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak
berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang
sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada
nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah
manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah
manusia.

KAMI BERDUA SAMA-SAMA BELAJAR, STUDY
GROUP,
SALING MEMBERI SEMANGAT DAN MOTIVASI.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan
rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang
boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum
sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang
belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang
perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan
rahmat pula.

TAKKANLAH TAK ADA LANGSUNG RUANG
YANG
DIBERNARKAN DALAM ISLAM UNTUK
BERCINTA? ADAKAH
ISLAM MEMBUNUH TERUS NALURI CINTA?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan
kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka
kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.
Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang,
tak normal namanya. Islam bukan datang
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam
tidak suruh membunuh naluri seperti yang
dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan
nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri
sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan
itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma
tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah
Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.
Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita
sebagai manusia.
Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri
atau nafsu.

TENTU ADA CINTA SECARA ISLAM.

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan.
Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas
kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang
bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan
Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara,
tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan
sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan
sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang
saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta
adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

KALAU BEGITU, CINTA REMAJA SEMUA
MENGHAMPIRI
KEPADA PENZINAAN?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu
perasaan turut terusik. Kemudian perasaan
dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.
Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.
Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.
Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan,
duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,
sekarang macam pengantin baru semalam
bukankah mereka semakin hampir dengan
penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta
telah sampai kepada daerah penzinaan dan
kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang
melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa
noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

MASIH RAMAI ORANG YANG BERCINTA TETAPI
TETAP
SELAMAT TIDAK SAMPAI BERZINA. KAMI
TAHAN DIUJI.

Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu
kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak
tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya
jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan
kecundang.

JADI MANUSIA ITU TIDAK TAHAN DIUJI?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,
sejak dari awal penciptaan manusia. Allah
takdirkan satu peristiwa untuk iktibar
manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya
tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah
yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan
pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu
Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan
menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah:
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di
dalam syurga serta makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu
menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang
yang zalim
(al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah
khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut
nanti mereka akan memakannya. Demikianlah
dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah
penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan
dengan godaan zina, kedua-duanya akan
kecundang.Cukuplah kita belajar daripada
pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

TETAPI CINTA SELEPAS KAHWIN BANYAK
MASALAH. KITA
TAK KENAL PASANGAN KITA SECARA DEKAT.
BERCINTA
ADALAH UNTUK MENGENAL HATI BUDI
PASANGAN
SEBELUM BUAT KEPUTUSAN KAHWIN.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa
sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan
yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-
masing akan berlakon dengan watak terbaik.
Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-
bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.
Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada
yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan
tertipu dengan keperibadian pasangan semasa
bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam
langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang
amat penyayang, penyabar, sabar tunggu
pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila
dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking.
Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh
dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau
hipokrit. Kalau mahu mengetahui peribadi
pasangan,
itulah sebabnya Islam ada membuat pertunangan.
Tetapi pertunangan juga ada batasan yang sama
seperti sebelum kahwin. Syarat-syarat semasa
dalam
pertunangan juga sama ketika sebelum berkahwin.
Hanya perkahwinan sahaja yang menghalalkan
perkara-perkara yang haram antara lelaki dan
perempuan yang bukan muhrim. Jika mahu
mengenali
hati budi pasangan, adalah dicadangkan supaya
pasangan tunang itu bertemu sahaja di rumah
pasangan
masing-masing bersama-sama dengan keluarga
masing-masing. Bukankah itu lebih baik?
Keluarga dari kedua-dua belah pihak boleh
mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat lagi.

PERCAYALAH, KAMI BERCINTA DEMI
MERANCANG
KEBAHAGIAAN HIDUP NANTI.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak
mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah
anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang
terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah
yang menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu,
jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai
Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga
mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu
prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak
meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah
adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk
mendapat keluarga yang bahagia jika langkah
mula sudahpun canggung, bagaimana
kesudahannya?

TANYA SIKIT, ADIK ANGKAT, KAKAK ANGKAT,
ABANG
ANGKAT BOLEH KE? GANTI BERCINTA

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan.
Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas
baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya
adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang
angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan
syaitan. Manusia yang terlibat dengan
budaya angkat ini sebenarnya telah masuk
dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa
untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun,
abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah
sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

JADI SEOLAH-OLAH ORANG YANG BERCINTA
TELAH HILANG
MARUAH DIRI?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh
manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang
sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang
yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya.
Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak
mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan
mengatakan orang yang bercinta sudah tidak
bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada
orang yang belum layak menerima cinta suci.
Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah
ditentukan oleh Allah.

ADAKAH ORANG YANG BERCINTA HILANG
MARUAH?

Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya.
Orang yang bercinta seolah-olah cuba
menggadaikan maruahnya kerana mereka
menghampiri perzinaan. Manakala orang yang
bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin
kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah
berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan
yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan
melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki
musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu
terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta
juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang
yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu
penghinaan dari Tuhan.

JADI ORANG YANG BERCINTA HANYA LAYAK
BERKAHWIN
DENGAN ORANG YANG PERNAH BERCINTA
JUGA?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

KAMI TELAH BERJANJI SEHIDUP SEMATI

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah
janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap
pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang
keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.
Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang
sehingga menjadi pepatah.

SI DIA INI LAIN DARI YANG LAIN. DIA LELAKI
YANG
PENYAYANG DAN BERTANGGUNGJAWAB.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki,
apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai
isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-
anaknya, dia akan memilih wanita yang baik.
Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki
biasanya akan memilih perempuan murahan
kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan.
Itulah rahsia lelaki.

JADI, PEREMPUAN YANG BERCINTA, JATUH
MARUAHNYA
PADA PANDANGAN LELAKI? (tidak mengikut
syariat)

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka
pada barang yang second hand sedangkan
barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka
menggambarkan perempuan seperti kereta yang
diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang
yang boleh test drive. Ada pula yang kata;
sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap
bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan.
Itulah hakikatnya.

MASSIH ADAKAH ORANG YANG TIDAK
BERCINTA DI ZAMAN
INI?

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan
ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka
kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya. Firman Allah:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara
kehormatannya serta orang-orang perempuan yang
memelihara kehormatannya (yang memelihara
dirinya dari melakukan zina)… Allah telah
menyediakan bagi mereka segala keampunan dan
pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35)

BAGAIMANA KAMI?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan
taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan
kekuatan untuk mendapat redhaNya.

KAMI INGIN MENDAPAT REDHA TUHAN.
TUNJUKKANLAH
BAGAIMANA TAUBAT NASUHA.

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-
benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan
hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk
hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan
bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan
seseorang yang bernama isteri atau
suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah
semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin,
semakin hambar & kurang rasa cinta setelah
menjadi suami isteri.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.
Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan
penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku
untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada
maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga
diriku sedari kecil dengan kasih sayang.
Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.
Oh Tuhan, hambamu ini berdosa
Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat
mu.

KITA BERPISAH KERANA ALLAH, KALAU ADA
JODOH,
TIDAK KEMANA!

tiba2 terkenang antum..

Saturday, June 11th, 2005

Bismillahirrahmanirrahim….

Dah 2 hari dah keje tempat baru, MTechnic Auto..(BMW & Mercedes specialist). Rasenye dah agak terbiasa memandu kete2 continental nih. Walau macammanapun, risikonya mmg besar..Bg sesiapa yg selalu nantikan blog nih, afwan, ana x ter’update’ coz biasenye tidur awal..Mungkin terlalu letih. Dah 2 minggu cuti, dah 2 tempat bekerje.. hmmm..tiba2 rindu kat sahabt2. biler la nak jumpa.Tp, alhamdulillah, ada shbt call. Nak buat futsal, salah satu aktiviti riadah mingguan..best2..Ada jg shbt yg msg(ikhwah) yg x dpt tahan utk merasakan kerinduan pd Allah swt & shbt2 yg lain.. Terubat rasenye org yg dlm kesunyian nih..

Walau mcm mana pun, byk perkara perlu dierbaiki dalam cuti nih.. Aktiviti2 perlu diarrangekan..supaya x terlupa dasar perjuangan.. sepatutnya cutinilah peluang yg terbuka luas, dikutip semuanya..x kire sesibuk mana dengan client2, meeting2, pickup kete or transfer..semuanya cabaran utk bekerja..Moga x dilupa tujuan hidup ini dan menjadi org yg terbaik dikalangan yg terbaik, InsyaAllah.(3:110)

Pada sahabat2 yg dah lama x jumpa, cuba2lah contact..Kalau ana x contact, mayb ana lupa.Tp, klu senang2, contactlah ana…x kirelah yg dah grad, tgh practical, dah nikah, yg baru dpt cahaya mata(congrats!), yg tgh waiting(zaujah pregnant, moga selamat kedua2nya), dan antum semua.. Rasenye jauh skali biahnye bersama antum dan bersama masyarakat. Moga ‘tarbiyyah zhaati’ dalam diri bleh men’support kite, insyaAllah. Jangan lupa utk melobi..

CAll me! or sms me! or email me!

Bersyukurlah!

Monday, June 6th, 2005

Bimillahirrahmanirrahim…..

Alhamdulillah, baru sahaja menjalani interview petang tadi. Mintak keje di sebuah tempat..  Pada mulanya agak susah untuk carik tempat tersebut, tapi at last jumpa jugak tempat nyer..Dah la hampir accident waktu nak pi tuh, ada kete break tiba2 coz nak masuk junction..Siap bunyi breaking kuat kete kancil WHF7393 tuh.Perh, bahaya nyer..(rase macam dlm Initial D plak)

Sampai di sentul, org repair jalan plak..Hampeh..(Allah nak menguji) X per, tunggu jer(dlm 20 minit). Lgpun, jalan the other way dah dia tutup.. Akhirnya, sampai jugak tempat tu..

Bos tuh tanya n citer mcm2..Mulanya dalam telefon mcm garang, tp ok jer.. X tahu nak start biler, mayb after habis minggu class kot.. So, rezeki datang bergolek2, padahal esok keje(company lain)..Syukur nye x terhingga..

Alhamdulillah, atas pemberianMU padaku Ya Rabbku….

Adakalanya kita hanyut,

Adakalanya kita terlupa,

Adakala kita leka,

Adakala kita alpa.

Kerna kita manusia,

Lemah & tidak berdaya,

Di sisi Allah swt,

Sering terlupa nikmat Allah,

Datang tiada jemu…

Rintihan

Saturday, June 4th, 2005

Ya Allah,

Kenapa aku ini..masih lg tidak tunduk padaMu,

Sungguhpun ku tahu kau lah Rabbku,

Sungguhpun ku tahu ku lah hambaMu.

Ya Allah,

Kau ampunilah daku andai diri ini melakukan dosa,

Samada dalam sedar ataupun tidak..

Kau teguhkanlah imanku,

Limpahkanlah kasih sayangMu..

Moga dapat ku harungi semua ini…

Amin…….

"Laa tahzan, Innallahha amaana"…

(At-taubah-40)

Wasiat Iman Al-Syahid Hassan Al-Banna

1. Apabila saudara mendengar azan, maka
bangunlah solat serta merta walaubagaimana
sekalipun keadaan.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku2 atau
pergilah mendengar perkataan2 yang baik ataupun
amalkan zikrullah,dan janganlah sama sekali
saudara membuang masa
walau sedikit pun dalam
perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk
bertutur dalam Bahasa Arab
yang betul; kerana
Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya
syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa
perkara sekalipun, kerana pertengkaran kosong itu
tidak memberi sebarang manfaat.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang
senantiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa
tenang lagi tenteram.

6. Jangan bergurau kerana umat yang sedang
berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-
sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring
daripada kadar
yang dikehendaki oleh pendengar
kerana percakapan yang nyaring begitu adalah
suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati
orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi
orang, mengecam pertubuhan2 dan janganlah
bercakap melainkan perkara yang membawa
kebajikan sahaja.

9. Berkenal-kenallah dengan tiap2 saudara Ikhwan
Al-Muslimin yang saudara bertemu dengannya
walaupun ia tidak meminta untuk berbuat demikian
kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih
sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa
yang ada pada kita. Oleh itu tolonglah saudaramu
sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak
menggunakan masa dengan berfaedah dan jika
saudara mempunyai tugas sendiri, maka
ringkaskanlah perlaksanaannnya

~~Untuk tatapan bersama~~

Friday, June 3rd, 2005

Aku kekadang hairan sendiri,

Bagaimana Aku digelar Da’i

Sedang amal ku tak menyeri,

Dan Allah makin dilupai…

Aku insan yang lemah,

Aku hamba yang alpa,

Aku da’i yang tak bekerja,

Aku sebenarnya siapa?

Diriku kadang-kadang berkata,

Cukuplah Allah tempat bersandar,

Tapi kenapa lah agaknya,

Aku tetap tidak beramal.

Hatiku bagai seketul intan,

Keras dan tetap tegar,

Susah sekali untuk bergetar,

Apabila disebut nama yang Maha Besar.

Ketawalah engkau wahai si durja,

Kerana dirimu mu tak dapat ku ajar,

Aku sering kau tipudaya,

Dan aku yang bodoh ini tetap ikut serta.

Mulai kini takkanku biar,

Diriku yang kerdil kau hina-hina,

Kerna dalam diriku ada suatu kuasa,

Jiwa yang besar mengharap redhonya…

Aku akan terus berubah,

Dari si becah yang ditipu helah,

Kepada rijal yang tak kenal lelah,

Berjalan bersama petunjuk dan hidayah…

Memang aku bukan malaikat,

Nafsu dan Dunia masih memikat,

Namun Allah sebagai tempat,

Untuk aku terus terikat.

Dakwah tetap akan ku pikul

Walau kutahu kau akan merasuk,

Membisik-bisik dan terus memujuk,

Kerna dakwah akan merosak tugasmu wahai Syaitan…

Ramai rakanku, teman sepermainan,

Yang telah jatuh ditipu dek syaitan,

Namun aku sebagai kawan,

Akulah yang akan menyelamatkan.

Insya’allah…