Archive for March, 2007

GELAGAT SYAITAN DI WAKTU KENDURI

Wednesday, March 21st, 2007

GELAGAT SYAITAN DI WAKTU KENDURI

“Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung
kampung.Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka
terpaksalah
mereka menunggu hujan berhenti.

Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba
di
suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.
Setelah
dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis
di
tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang.

Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak
dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu
bukanlah
manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut
buncit,
mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari
tangannya amat panjang begitu juga jari kaki.

Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis
di
tepi jalan. Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah
runtuh
disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya
dimana rumah…? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang
itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan,
jelas
Tok Dahaman. Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta
dia
untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri
tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu.

Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia
tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat
dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan
itu
memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu
lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab
dibuka.
Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung
tengkorak
kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di
rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka
pulang
dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan
isterinya
pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya
mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan
jantan di tempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu
banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk
ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai
jenis
najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca
Bismillah…), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air
kecil
dan besar ke dalam piring dan mangkuk…Ada juga yg muntah ke dalam
makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak
tergamak untuk makan. org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat
kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa
mengelak
daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk
mengalahkan
manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan
tersebut.
Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman
pun
bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan
tersebut
bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
bertanya bagaimana Tok Dahaman boeh melihat syaitan. Apabila mendengar
penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil
memijak
kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh.

Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama
makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan
lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.
Kerenah
anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.
mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan
dari
pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di
jendela rumah.

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik
pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok
Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut
yang
kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt
menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman
bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai
tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang
mahu
percaya atau tidak.

Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita
tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebut lah
nama Allah…atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH…..

“Janganlah main belasah aje…..”

DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.

Wednesday, March 21st, 2007

Perkahwinan & Tuntutannya - Rumahtangga Yang Berkat

Perkahwinan adalah suatu perkara yang amat ditekan oleh Islam kerana Islam begitu memelihara adab dan fitrah manusia.   Di dalam rangka untuk mendirikan rumahtangga yang mendapat barakah dan rahmat, beberapa faktor harus dititikberatkan :   

1)      Hati yang bersih dan beriman serta niat yang lurus. Setiap orang mestilah membekali dirinya dengan akidah yang berakar tunjang dihati. Perlu diingat perkahwinan itu adalah amanah Allah yang perlu kita jawab. Masing-masing mempunyai tanggungjawab yang hendak dipikul. Tauhid perlu bulat dengan Allah. Setiap masalah dan ujian yang datang itu kita selesaikan. Jangan cuai dan larut di dalam masalah. Kecuaian itu akan mengakibatkan lahir sifat putus asa, tidak sabar dengan kesusahan, tidak bersyukur apabila didatangkan nikmat.   

2)      2) Ilmu Perkahwinan Setiap amal mestilah dimulai dengan ilmu. Setiap amal yang tidak disertai dengan ilmu akan menjadi sia-sia dan mudah terjatuh ke dalam dosa dan kesalahan. Setiap lelaki mestilah mengetahui tanggungjawabnya terhadap isteri, iaitu nafkah zahir dan batin. Nafkah zahir, umpamanya tempat tinggal, makan minum, pakaian, keperluan hidup dan sebagainya. Manakal nafkah batin pula seperti mengajar dan mendidik isteri dan anak-anak agar beriman dengan Allah, menjaga keamanan dan kesejahteraan keluarga, persetubuhan dan sebagainya.   Begitu juga tanggungjawab isteri terhadap suami seperti ketaatannya yang tidak berbelah bagi terhadap suami, menjaga kehormatan suami dan sebagainya. Buat masa ini telah ada kursus-kursus perkahwinan yang mengajar adab dan tanggungjawab serta persediaan untuk mendirikan rumahtangga yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri dan kawasan.   

3)      Pilih pasangan yang beragama sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang beragama agar kamu beruntung." (Riwayat Bukhari dan Muslim)   Bagi pihak wanita, untuk mendapat calon suami yang beragama, perlulah wanita itu sendiri yang beragama, kerana firman Allah yang bermaksud:"Lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik." (An Nur: 26)   

4)      Semasa bertunang, jauhilah daripada percampuran bebas. Kalau ingin bertemu hendaklah diiringan dengan muhrim, Pertemuan hendaklah mengikut syariat. Adalah lebih baik mempercepatkan pernikahan.   

5)      Majlis walimah biarlah sederhana dan jangan membazir-bazir. Walimah yang berkat itu ialah yang mengikut syariat, terpelihara dariapada pergaulan bebas lelaki dan wanita serta pendedahan aurat, tidak melewatkan waktu sembahyang dan tidak disertai oelh perkara-perkara yang melalaikan.   

6)      Suami Isteri hendaklah ada persefahaman dan berusaha melaksanakan tanggungjawab masing-masing serta saling reda-meredai, berbincang jika ada masalah dan mudah bertolak ansur. Masing-masing hendaklah sama-sama mencari keredaan Allah, menambah ilmu agama dan saling doa-mendoakan.

PERSEDIAAN ALAM RUMAH TANGGA

Wednesday, March 21st, 2007

PERSEDIAAN ALAM RUMAH TANGGA

MUQADDIMAH

            Perkahwinan adalah merupakan salah satu kaedah bagi pembentukan keluarga dan untuk melahirkan keturunan. Itu adalah fitrah Ilahi yang suci murni. Oleh yang demikian itu, kita sebagai individu muslim kita seharusnya membetulkan tanggapan/perspeksi kita terhadap alam rumahtangga itu sendiri. Islam tidak semata-mata memandang perkahwinan itu sebagai cara untuk menyatukan antara lelaki dan perempuan malah tidak pula memandangnya sebagai cara untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu. Islam memandang perkahwinan jauh dan lebih dalam dari semuanya itu, lebih agung dan lebih mulia.

ISI-ISI

Melangkah ke alam perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Maka ia memerlukan persedian dari segi mental dan  ilmu untuk memandu arah keluarga yang bakal di bawa.

r     Persedian mental adalah suatu yang amat penting untuk kita membetulkan salah tanggap kita kepada alam perkahwinan itu sendiri.

r     Persedian ilmu adalah satu perkara yang amat penting dalam pembentukan keluarga. Setiap daripada pasangan itu akan memikul amanah yang berbeza antara satu sama lain. Suami akan menjadi ketua yang bertanggungjawab atas orang yang di bawahnya, manakala Isteri menjadi pembantu kepada suaminya.

PENUTUP

Renungan: Setiap insan itu akan ditanya berkenaan dengan setiap apa yang di amanahkan kepadanya.

Aktiviti:

o        bincangkan…dan gariskan persedian mental dan ilmu yang perlu ada!!

KEBABASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU

Friday, March 16th, 2007

KEBABASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU (sedutan dari novel Hatiku MilikMu)   
    
Kau maukan seseorang   
  Memenuhi hatimu   
  Kerana kini kau bebas tidak seperti dulu   
  Dulu kau disekat dijaga   
  Maka kau pun boleh jaga juga   
  Tetapi kini kau bebas   
  Tak boleh jaga nampaknya   
  Satu demi satu tersungkur   
  Atau sekurang-kurangnya tumbang   
  Atau sekurang-kurangnya kecundang   
  Tidak ramai yang boleh jaga   
  Cinta bermaharajalela   
  Tiada tujuhala   
  Ingatlah kau dari sekolah mana   
  Sbt sbh mempunyai harapan yang tinggi   
  Kami mempunyai impian   
  Yang kami mahukan kamu semua memahaminya   
  Kami mahukan anak-anak semua   
  Meneruskan kegigihan kami   
  Menegakkan kalimah itu   
  Jangnlah leka nak   
  Janganlah kau ikutkan nafsu nak   
  Kau belum tahu penanganan dunia ini   
  Bukankah kau selalu mendengar nasihat di sekolah itu   
  Telah lupakah kau?   
  Semuanya?   
  Kan belum lama kau keluardarinya   
  Di merata tempat   
  Disana sini   
  Ramai wakil-wakil kami   
  Yang ingin membantumu   
  Apakah responmu semua?   
  Positivekah?   
  Atau kau yang mengelak?   
  Hati Mama luka   
  Jika kau tidak memikirkan DIA   
  Dalam melayani nafsu muda yang menggila   
  Mama lakukan yang terbaik   
  Kerana mencari kerethoan NYA   
  Anak-anak Mama tentu lebih faham dari Mama   
  Kerana Mama tidak belajar di sekolah itu   
  Anak-anak Mama sayang   
  Letaklah DIA dalam hatimu   
  Penuhilah hatimu dengan cinta terhadapNYA   
  Bukan cinta kepada dia yang sementara   
  Yang digelar infatuations   
  Tidak bermakna   
  Cinta kepada dia   
Jika membelakangkan DIA   

Terima Kasih Guru

Thursday, March 15th, 2007

Terima Kasih Guru

Album : Hikmah Kembara
Munsyid : Mirwana

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru

kan

ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

–>Alhamdulillah segala puji-pujian untuk Allah swt. Moga terus diberkati dan dibarakahi tiap amalan hamba ini dalam menelusuri hari-hari yang mendatang. Entah mengapa tiba-tiba terasa telah lama meninggalkan alam persekolahan, memori lama trus mendatang.

Entahlah, if not from the effort of all guru-guru tersayang, mgkin merasakan diri ini blum mampu mencapai tahap hari ini. Alhamdulillah, di sekolahlah diri ini boleh success mcm harini. Di sekolahlah diri ini mendapat tarbiyah hingga hari ini(moga istiqomah n istimrar). Di sekolahlah adanya kenangan-kenangan yang ada pada hari ni. Bermula sek parent, tadika, sek ren, men, boarding school, unipet…..wah dah jauh rupanya. Pelbagai quiz & test n exam telah dilalui. Macam mana pula dengan final exam akhirat ku nanti. Risau yg amat.

Ya Allah, moga Kau sentiasa disisi dalam mengharungi mehnah dunia ni. ‘Allahumma najjihn fi imtihan, fi addunnia wa alakhiarat’ kerna ku tahu ujian dunia boleh ku repeat, tp mana mungkin ujian akhiratMu.

Rasakan Kelazatan Persaudaraan

Tuesday, March 13th, 2007

Rasakan Kelazatan Persaudaraan "Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim Sahabat… Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya. Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api." Sahabat… Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman. Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis. Sahabat… Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya". Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu ‘Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka." Sahabat… Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." Q.S Al-Hujurat : 10 Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." HR. Muttafaqun ‘Alaih Sahabat… Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya? Wallahualam. Yesterday is history, Tommorow’s a mystery, Today’s a gift, That’s why we call it the Present. "Each day I wake in gratitude. Thanking Allah, He let me rise And To Him I only Seek His assistance."

Dialog Adik n Abah

Tuesday, March 13th, 2007

Adik: abah mulai saat ini adik nk bangun qiamullail.
Abah: betul ke? Alhamdulillah.
Adik: tapikan abah,adik susah nk bangun qiam.abah ada carenye x?
Abah: hmm,camne abah nk cite ek? Hah,mcm nila, menurut imam Al-Ghazali cara seseorang yg ingin bangun qiam setelah die berniat ada 4
1-die mesti berazam dgn kuat yg die ingin bangun mlm
2-jangan melakukan kerja2 yg terlalu berat pada hari nak qiam tu..
3-jangan melakukan maksiat
4-makan ala kadar jangan berlebihan
Adik: ooomcm tu ke? Terima kasih abah
Abah: adik bangun qiam nk buat ape?
Adik: hmm adik ingat nk solat tahajud sbb ustaz kate solat tahajud ni ada 9 kelebihan, 5 di dunia dan 4 di akhirat..
5 kelebihan solat tahajud di dunia
1- wajah sentiasa berseri-seri
2-terlindung dari malapetaka
3-disukai oleh manusia
4-setiap tutur katanya penuh hikmah
5-menjadi seorang yg bijaksana

4 kelebihan solat tahajud di akhirat
1-di pimpin dari kubur dengan wajah berseri-seri
2-diringankan hisabnya
3-melintasi titian sirot selaju kilat
4-diberi buku amalan dengan tangan kanan
Abah: kalau mcm tu ape kate kita bangun qiam sama2 selain solat tahajud, kite juga blh solat hajat, solat tasbih, baca Al-Quran, berzikir dan banyak lagi
Adik: betul ke abah yehhh nnti adik boleh jadi superman bila adik nak melintasi titian sirot tu kan abah
Abah: kalau mcm tu hari ni adik kena tido awall nanti mudah nk bangun malam
Adik: tapi malam ni ada cite bes abah cite mya zara..
Abah: ape adik?
Adik: hmmm, takpela kerana Allah adik sanggup lepaskan cite tu
Abah: mcm nila anak abah

P/s- kekadang kita x sedar semasa kite tidur di malam hari, kita terlupa pada tanggungjawab kita sebagai hambaNya pada waktu tersebutwalaupun Dia tidak mewajibkannya.. disinilah ujian yang dikurniakan kepada insan seperti kita yang lemah lagi tidak bermaya. Hah, ape lagi jum kite bangun qiam ramai2 xsemestinye kena bangun tiap2 malamtapi kena istiqomahla dan kalau blh buat tiap2 harisebab setiap ari ada 24 jam tapi kite kena bahagi ari tu kepada 3..
-8 jam untuk beribadat
-8 jam untuk bekerja
-8 jam untuk beriadah/berehat
Apapun tepukla dada tanyalah iman nak seribu daya tak hendak seribu dalih sikit2 lama2 jadi bukit dan yang paling penting sekali lakukannya hanya ikhlas kerana Allah Taala