GELAGAT SYAITAN DI WAKTU KENDURI
GELAGAT SYAITAN DI WAKTU KENDURI
“Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung
kampung.Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka
terpaksalah
mereka menunggu hujan berhenti.
Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba
di
suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.
Setelah
dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis
di
tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang.
Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak
dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu
bukanlah
manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut
buncit,
mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari
tangannya amat panjang begitu juga jari kaki.
Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis
di
tepi jalan. Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah
runtuh
disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya
dimana rumah…? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang
itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan,
jelas
Tok Dahaman. Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta
dia
untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri
tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu.
Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia
tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat
dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan
itu
memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu
lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab
dibuka.
Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung
tengkorak
kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di
rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka
pulang
dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.
Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan
isterinya
pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya
mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan
jantan di tempat org lelaki.
Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu
banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk
ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai
jenis
najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca
Bismillah…), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air
kecil
dan besar ke dalam piring dan mangkuk…Ada juga yg muntah ke dalam
makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.
Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak
tergamak untuk makan. org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat
kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.
Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa
mengelak
daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk
mengalahkan
manusia di rumah kenduri.
Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan
tersebut.
Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman
pun
bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan
tersebut
bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
bertanya bagaimana Tok Dahaman boeh melihat syaitan. Apabila mendengar
penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil
memijak
kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh.
Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama
makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan
lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.
Kerenah
anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.
mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan
dari
pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di
jendela rumah.
Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik
pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok
Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut
yang
kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt
menggerunkan.
Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman
bercakap dengan cermin tempat bersolek.
Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai
tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang
mahu
percaya atau tidak.
Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita
tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebut lah
nama Allah…atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH…..
“Janganlah main belasah aje…..”
DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.
May 15th, 2007 at 2:38 pm
bagus citer ni. thanx for sharing. lain kali, sentiasa lah bace bismillah sebelom wat sesuatu kerje.