PERSEDIAAN ALAM RUMAH TANGGA

PERSEDIAAN ALAM RUMAH TANGGA

MUQADDIMAH

            Perkahwinan adalah merupakan salah satu kaedah bagi pembentukan keluarga dan untuk melahirkan keturunan. Itu adalah fitrah Ilahi yang suci murni. Oleh yang demikian itu, kita sebagai individu muslim kita seharusnya membetulkan tanggapan/perspeksi kita terhadap alam rumahtangga itu sendiri. Islam tidak semata-mata memandang perkahwinan itu sebagai cara untuk menyatukan antara lelaki dan perempuan malah tidak pula memandangnya sebagai cara untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu. Islam memandang perkahwinan jauh dan lebih dalam dari semuanya itu, lebih agung dan lebih mulia.

ISI-ISI

Melangkah ke alam perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Maka ia memerlukan persedian dari segi mental dan  ilmu untuk memandu arah keluarga yang bakal di bawa.

r     Persedian mental adalah suatu yang amat penting untuk kita membetulkan salah tanggap kita kepada alam perkahwinan itu sendiri.

r     Persedian ilmu adalah satu perkara yang amat penting dalam pembentukan keluarga. Setiap daripada pasangan itu akan memikul amanah yang berbeza antara satu sama lain. Suami akan menjadi ketua yang bertanggungjawab atas orang yang di bawahnya, manakala Isteri menjadi pembantu kepada suaminya.

PENUTUP

Renungan: Setiap insan itu akan ditanya berkenaan dengan setiap apa yang di amanahkan kepadanya.

Aktiviti:

o        bincangkan…dan gariskan persedian mental dan ilmu yang perlu ada!!

Leave a Reply