Dimanakah perikemanusiaan kita?
Lagu ini ingin ditujukan buat keluarga arwah Nurin Jazlin Jasmin, masyarakat yang prihatin dan umat Islam yang sedar mahupun tidak. Moga ibu dan ayah mangsa dapat menerima ketentuan Allah ini dengan redha. Alfatihah….
Damai Yang Hilang
Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergaadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan
Susunan kronologi kes Nurin Jazlin Jazmin;
- 20 Ogos - Nurin hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju
- 24 Ogos - Media melaporkan kehilangan Nurin
- 26 Ogos - Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat
- 28 Ogos - Polis mengumumkan memanggil 30 individu memberi keterangan berhubung kehilangan Nurin dan kes diklasifikasikan sebagai culik
- 29 Ogos - Polis mendapat petunjuk mengatakan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van pada hari kehilangannya
- 1 September - Keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali
atau Yin, 5, yang pernah hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur
hujung Mac lalu, menasihati keluarga Nurin menubuhkan jawatankuasa bagi
menyusun strategi mencarinya - 3 September - Polis menubuhkan pasukan khas mengesan Nurin
- 3 September - Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat meningkat kepada RM8,000
- 4 September - Ganjaran meningkat kepada RM13,000
- 5 September - Nurin didakwa dilihat berada di Seremban
- 5 September - Penemuan sebuah van putih di kawasan
belukar di Jalan Klang Lama di sini, menggemparkan masyarakat yang
menyangka ia mempunyai kaitan kehilangan Nurin - 10 September - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun merayau seorang diri di Taman Tasik Puteri, Rawang, disangkakan Nurin
- 11 September - Hari ulang tahun ke-8 Nurin
- 14 September - Ganjaran meningkat kepada RM26,000
- 17 September - Mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam
beg pakaian di Petaling Jaya Utama tetapi ibu bapa Nurin menafikan
kanak-kanak itu anak mereka berdasarkan pengecaman fizikal - 17 September - DNA ibu bapa Nurin diambil untuk diperiksa dan dipadankan dengan mayat itu
- 20 September - DNA ibu bapa Nurin disahkan sepadan dengan mayat kanak-kanak berkenaan